Showing posts with label Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikan. Show all posts

Friday, 4 January 2013

Penyediaan dan Pengambilan Collagen Rumpai Laut

Alhamdulillah..hari ni masuk hari ke-4 saya minum collagen rumpai laut yang saya pesan dari kawan...mula-mula hari tu risau je nk try..memikirkan penyediaan dan bagaimana rasa dan baunya..kembang tekak dibuatnya..hehe..
Saya beli collagen mentah rumpai laut kering dari kawan..cara penyediaannya memang agak cerewet kerana memerlukan kita merendamnya semalaman sebelum merebusnya..sebelum tu kena basuh dulu sebanyak lima hingga enam kali..bila dah kena air..bau nya makin naik...loya jgk tekak saya ni nak menyudahkan sehingga basuhan keenam...lepas tu rendam dengan air masak atau air tapis semalaman...rumpai ni akan mengembang sedikit...baunya...tak payah cite la...tapi bila dibasuh lagi..baunya makin kurang...sambil basuh saya asyik fikir je..boleh ke aku nk telan benda ni...baunye pn dah tak tahan ni...nasib baik la bendanya xmahal sangat...hee ^_^
Esoknya...selepas toskan dan basuh lagi enam kali...saya rendam lagi sekali dengan harapan baunya makin kurang...saya punya ni direndam sampai 24 jam la jadinya...hehe...selepas direndam semalaman..rumpai laut ni dah lembut dan kembang sikit...dah jadi macam agar-agar gitu...malamnya baru saya rebus...ikut cara penyediaan yang ditulis dekat pamplet tu je...bila air mendidih je tutup api dan sejukkan...toskan untuk mengasingkan rumpai tidak hancur tu  dengan yang dah cair...bila dah agak sejuk boleh dimasukkan ke dalam bekas dan disimpan ke dalam peti sejuk...manakala yang hampasnya tadi...betul ke panggil hampas ek..yang masih tak hancur tu plk saya lenyekkan dekat tapis supaya tidak berketul sangat dan simpan dalam bekas lain untuk dijadikan masker...simpan dalam peti sejuk jugak...so...esoknya la baru boleh test dapat ke tidak saya menelannya...malam tu saya try masker je...sambil mencuci bekas2 yang dah digunakan tadi saya ambil sisa-sisa yang tinggal dan sapu kt muka dan tangan...sayang pulak nak dibasuh gitu je...
Oh ya..lupa lak nak cite pasal baunya ek..masa merebus tu saya elakkan dari terbau hanyirnya..takut nanti tak tahan baunya saya langsung tak boleh nak minum pulak...hee ^_^  masa nak tuang dalam bekas tu...masih suam lagi ade lagi wap sikit-sikit...nak wat camane..terbau jgk la..kembang tekak ni dibuatnye..berair mata ni tahan...hehe...tapi bila dah sejuk baunya makin kurang...yang saya sapu kat muka dan tangan pun takde bau sangat...lega sangat2 masa tu...bukan ape..kalau boleh minum n pakai...tak lah membazir kan...

Jelly Rumpai laut yang original dan yang dah bancuh dengan sunquick

Esoknya...bangun je saya terus ke dapur untuk mencuba jelly seaweed ni...dah jadi keras sikit cam jelly...saya ikut cara macam kawan saya pesan..kalau tak berani nak telan gitu je bancuh dengan sunquick sikit..malam tadi saya dah prepare beli sunquick siap-siap..so..saya ambil jelly ni 3 sudu masukkan dalam gelas...tambah air,gula sikit dan sunquick....kacau-kacau sebab xnak rasa berketul2 sangat...waktu terbaik untuk ambil ialah semasa perut kosong sebelum sarapan dan sebelum tidur...baca bismillah dan selawat...then saya telan satu nafas je..hehe..alhamdulillah..saya berjaya menelannya tanpa term****h...saya ni jenis yang susah sikit nak terima kalau makan benda2 yang ada bau hanyir ni...ikan sungai pun saya tak leh telan camane...rasa gembira sangat2 sebab saya dapat minum jelly rumpai laut ni...bile dicmapur sunquick dan diminum sejuk...rasa sedap pula..xde langsung bau atau rasa hanyir...mudah-mudahan saya dapat manfaat dari khasiatnya...
Ok..setakat ni dulu la cerita pasal collagen rumpai laut ni ea...sebenarnya saya dah tak sabar nak kongsikan perubahan-perubahan dan tindak balas yang saya alami walaupun baru ambil untuk 4 hari...kesan dia memang cepat nampak...pure la katakan...tapi saya terpaksa stop dulu sebab si kecil saya dah merengek nak kan perhatian...nanti saya ceritakan perubahan positif yang saya dapat rasakan setelah amalkan collagen rumpai laut ni nanti yea..

Friday, 28 December 2012

Collagen Rumpai Laut @ Seaweed


Salam pagi Jumaat buat semua...

Pernahkah anda dengar tentang kelebihan dan khasiat rumpai laut..saya dah lama dengar tentang perkara ni tapi baru sekarang terdetik untuk mendapatkan info berkaitan rumpai laut ni..itu pun sebab beberapa hari lepas ada seorang kenalan bercerita tentangnya..ini saya sertakan senarai khasiat-khasiat rumpai laut yea...info ni saya dapat dari http://rumpailautsabah.blogspot.com/ klik link ini untuk info yang lebih detail yea...
Rumpai Laut Kering



• kaya dgn omega-3 yg akan membuat kulit kenyal dan kencang.
• merawat masalah kulit
• Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
• mengencangkan/melicinkan kulit
• Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
• penuh dengan collagen
• Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
• Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
• Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
• Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
• Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
• Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
• Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.




Ini pula sedikit sebanyak info tentang khasiat collagen rumpai laut ni dari segi kecantikan, kesihatan dalaman dan kulit:


KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.

KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.

Sumber dari  http://jelitawan-sfbeauty.blogspot.com/2012/06/kolagen-mentah-asli-rumpai-laut.html#axzz2GIVauPDg
Baru naik dari laut


So,macamana..banyak khasiatnya kan...saya rasa terpanggil untuk mencuba sendiri rumpai laut ni..dah kirim kat kawan tu,tapi xtau la tekak saya ni boleh telan ke tak...hehehe...in shaa Allah kalau jadi mencuba saya akan kongsikan di sini k...