Showing posts with label Petua dapur. Show all posts
Showing posts with label Petua dapur. Show all posts

Tuesday, 13 November 2012

Hilangkan hanyir ikan pari

Semalam my syg request nk makan ikan pari bakar..alamak..saya xpernah masak ikan pari ni..setahu saya ikan pari ni hanyir kuat sikit..takut x jadi je..tapi sebab syg dh mntak..try je la kn..
My syg kata try je basuh cam yg biase wt time basuh ikan n ayam ikut care mak..alhamdulillah..memang xde bau hanyir dah ikan pari ni mase kami mkn td..
Ok..carenye simple je..basuh ikan pari tu bersih2 sampai xde rase berlendir..lepas tu..gaulkan dgn tepung gandum n perahkan asam limau..xkisahla asam ape tp sebaiknya limau nipis la..td saya guna limau kasturi je..sebab xde limau nipis..tambahkan air sehingga ikan tu tenggelam smua..biarkan lebih kurang sejam..kemudian bilas semula..then bolehla di perisakan..td saya cuma perisakan dgn garam..serbuk kunyit n serbuk kari je..perapkan dalam setengah jam then bakar or gril kt non stick pan..saya guna pemanggang ajaib..jap je dh masak..alhamdulillah my syg ckp sedap...hee...happy..

Friday, 14 September 2012

RAHSIA TOMYAM SEDAP DAN PEKAT

RAHSIA TOMYAM SEDAP DAN PEKAT

Hmm..mesti ramai yang suka makan tomyam kan..tak kira la makan bersama nasi ke,mee ke,mihun ke..ikut selera masing-masing la kan...tapi sudah semestinya kita suka tomyam yang 'kaw' dan 'terangkat' kan... Jom kita kongsi rahsia macam mana nk buat tomyam yang 'power' ni.

Sebenarnya saya pun baru je dapat menghasilkan tomyam yang saya sendiri betul-betul menikmatinya...dulu kalau nak makan tomyam je mesti ajak myhubby pegi makan kt Thai seafood restaurant...sekarang tak perlu lagi..sebab yang I masak sendiri pun dah ramai peminat termasuk la mak & bapa mertua I sendiri..banggakan bila bapa mertua sendiri yang cakap "tomyam terbaeklah"..hehe..masuk bakul angkat sendiri lak nampaknya...maafkan hamba la ye...

Ok..bendanya simple je..cuma disebabkan tak tahu dan tak cuba,maka tak jadi lah kan..nak buat tomyam cara senang macam biasa lah,mesti ade pes tomyam yang dlm paket tu,saya biasa guna pes tomyam adabi, tomyam merah tau bukan tomyam putih..saya tak tau la orang laen wat camane..tapi saya bagitau cara saya la kat sini ea...


  1. Tumiskan bawang putih n bawang besar dengan sedikit minyak-jangan banyak sangat minyak    tau..bawang banyak takpe..lepas tu  masukkan bahan yang dikisar (bawang kecik+serai+tomato)
  2. Agak-agak dah garing sikit n bawang besar layu sikit masukkan sos tomato + sos tiram+pes tomyam (ini la rahsia untuk pekatkan tomyam anda).  Then,bolehla tambahkan air.
  3. Lepas tu bolehla masukkan ayam dan bahan-bahan lain (lauk n sayur). Kalau nak letak udang n sotong, sebaiknya rebus asing udang dan sotong tersebut sebab air udang dan sotong akan menenggelamkan rasa tomyam kita nanti. Masukkan udang dan sotong last sekali sebelum dihidang.
  4. Semasa mereneh,bolehla di masukkan serai yang dititik,daun limau kasturi, cili api secukupnya dan diperasakan mengikut kesesuaian selera anda..tambahkan perahan limau nipis dan limau kasturi untuk 'balance'kn rasa masam ea..oh ya,sebelum terlupa..sebolehnya,daun limau kasturi td dibuangkan urat daunnya dulu yea..ini untuk mengelakkan tomyam kita rasa pahit..
  5. Akhir sekali,untuk menjadikan tomyam kita nampak lebih menarik..masukkan sedikit susu cair untuk menampakkan kuah tomyam kita keruh sedikit dan lebih 'kaw'.
Selamat mencuba... ^_^