Friday 21 September 2012

BANTAHAN FILEM MENGHINA RASULULLAH S.A.W

Perhatian kepada semua saudara Islam ku...

Mulai hari ni, mohon kepada semua agar tidak menggunakan GOOGLE dan YOUTUBE

Thursday 20 September 2012

Jangan guna Internet Explorer untuk sementara waktu

Semasa saya sedang bersarapan sambil belek-belek akhbar KOSMO! tadi, saya terbaca berita tentang penyebaran virus yang boleh menyerang pc kita melalui Internet Explorer..virus ni dikatakan boleh menyebabkan komputer peribadi kita terdedah kepada penggodam ataupun 'hackers'.So...kite semua dinasihatkan jangan menggunakan IE buat sementara waktu ni sehinggalah Microsoft Corp. mengeluarkan pengesahan keselamatannya...di bawah adalah artikel dari akhbar berkenaan..

Jerman larang penggunaan Internet Explorer

FRANKFURT - Pihak berkuasa Jerman kelmarin menggesa orang ramai supaya berhenti melayari internet menggunakan pelayar web Internet Explorer milik Microsoft Corp.

Gesaan itu dibuat berikutan penemuan satu lagi virus dalam pelayar web tersebut yang menyebabkan komputer peribadi terdedah kepada serangan penggodam.      
berita penuh...

Dipetik dari :



Friday 14 September 2012

RAHSIA TOMYAM SEDAP DAN PEKAT

RAHSIA TOMYAM SEDAP DAN PEKAT

Hmm..mesti ramai yang suka makan tomyam kan..tak kira la makan bersama nasi ke,mee ke,mihun ke..ikut selera masing-masing la kan...tapi sudah semestinya kita suka tomyam yang 'kaw' dan 'terangkat' kan... Jom kita kongsi rahsia macam mana nk buat tomyam yang 'power' ni.

Sebenarnya saya pun baru je dapat menghasilkan tomyam yang saya sendiri betul-betul menikmatinya...dulu kalau nak makan tomyam je mesti ajak myhubby pegi makan kt Thai seafood restaurant...sekarang tak perlu lagi..sebab yang I masak sendiri pun dah ramai peminat termasuk la mak & bapa mertua I sendiri..banggakan bila bapa mertua sendiri yang cakap "tomyam terbaeklah"..hehe..masuk bakul angkat sendiri lak nampaknya...maafkan hamba la ye...

Ok..bendanya simple je..cuma disebabkan tak tahu dan tak cuba,maka tak jadi lah kan..nak buat tomyam cara senang macam biasa lah,mesti ade pes tomyam yang dlm paket tu,saya biasa guna pes tomyam adabi, tomyam merah tau bukan tomyam putih..saya tak tau la orang laen wat camane..tapi saya bagitau cara saya la kat sini ea...


  1. Tumiskan bawang putih n bawang besar dengan sedikit minyak-jangan banyak sangat minyak    tau..bawang banyak takpe..lepas tu  masukkan bahan yang dikisar (bawang kecik+serai+tomato)
  2. Agak-agak dah garing sikit n bawang besar layu sikit masukkan sos tomato + sos tiram+pes tomyam (ini la rahsia untuk pekatkan tomyam anda).  Then,bolehla tambahkan air.
  3. Lepas tu bolehla masukkan ayam dan bahan-bahan lain (lauk n sayur). Kalau nak letak udang n sotong, sebaiknya rebus asing udang dan sotong tersebut sebab air udang dan sotong akan menenggelamkan rasa tomyam kita nanti. Masukkan udang dan sotong last sekali sebelum dihidang.
  4. Semasa mereneh,bolehla di masukkan serai yang dititik,daun limau kasturi, cili api secukupnya dan diperasakan mengikut kesesuaian selera anda..tambahkan perahan limau nipis dan limau kasturi untuk 'balance'kn rasa masam ea..oh ya,sebelum terlupa..sebolehnya,daun limau kasturi td dibuangkan urat daunnya dulu yea..ini untuk mengelakkan tomyam kita rasa pahit..
  5. Akhir sekali,untuk menjadikan tomyam kita nampak lebih menarik..masukkan sedikit susu cair untuk menampakkan kuah tomyam kita keruh sedikit dan lebih 'kaw'.
Selamat mencuba... ^_^

Pengenalan

Salam sejahtera buat insan yang sudi singgah ke blog kosong saya ni..maafla sebab tak pernah share ape-ape sejak blog ni di buat..entahla,macam susah sangat nak luangkan masa untuk memulakan blog ni kan..sebenarnya sebelum ni saya tak ada sambungan internet yang tetap..cuma dapat online sekali-sekala je..di tambah pula sibuk bekerja dan menguruskan rumahtangga dan anak (baru sorang je pun..hihi..cam ramai je kan). InsyaAllah saya akan cuba kongsikan ape-ape je yg saya rasakan menarik di sini nanti..idea banyak sangat tp masa dan kesempatan yg mengekang sebenarnya..lgpun si kecik saya ni pantang nampak mama dia mengadap pc..die pun same la nk blogging jugak...budak tengah nak belajar macam-macam...itulah dia...permata hati saya Anis Qistina yang tak kenal erti penat...