Hmm..mesti ramai yang suka makan tomyam kan..tak kira la makan bersama nasi ke,mee ke,mihun ke..ikut selera masing-masing la kan...tapi sudah semestinya kita suka tomyam yang 'kaw' dan 'terangkat' kan... Jom kita kongsi rahsia macam mana nk buat tomyam yang 'power' ni.
Sebenarnya saya pun baru je dapat menghasilkan tomyam yang saya sendiri betul-betul menikmatinya...dulu kalau nak makan tomyam je mesti ajak myhubby pegi makan kt Thai seafood restaurant...sekarang tak perlu lagi..sebab yang I masak sendiri pun dah ramai peminat termasuk la mak & bapa mertua I sendiri..banggakan bila bapa mertua sendiri yang cakap "tomyam terbaeklah"..hehe..masuk bakul angkat sendiri lak nampaknya...maafkan hamba la ye...
Ok..bendanya simple je..cuma disebabkan tak tahu dan tak cuba,maka tak jadi lah kan..nak buat tomyam cara senang macam biasa lah,mesti ade pes tomyam yang dlm paket tu,saya biasa guna pes tomyam adabi, tomyam merah tau bukan tomyam putih..saya tak tau la orang laen wat camane..tapi saya bagitau cara saya la kat sini ea...
- Tumiskan bawang putih n bawang besar dengan sedikit minyak-jangan banyak sangat minyak tau..bawang banyak takpe..lepas tu masukkan bahan yang dikisar (bawang kecik+serai+tomato)
- Agak-agak dah garing sikit n bawang besar layu sikit masukkan sos tomato + sos tiram+pes tomyam (ini la rahsia untuk pekatkan tomyam anda). Then,bolehla tambahkan air.
- Lepas tu bolehla masukkan ayam dan bahan-bahan lain (lauk n sayur). Kalau nak letak udang n sotong, sebaiknya rebus asing udang dan sotong tersebut sebab air udang dan sotong akan menenggelamkan rasa tomyam kita nanti. Masukkan udang dan sotong last sekali sebelum dihidang.
- Semasa mereneh,bolehla di masukkan serai yang dititik,daun limau kasturi, cili api secukupnya dan diperasakan mengikut kesesuaian selera anda..tambahkan perahan limau nipis dan limau kasturi untuk 'balance'kn rasa masam ea..oh ya,sebelum terlupa..sebolehnya,daun limau kasturi td dibuangkan urat daunnya dulu yea..ini untuk mengelakkan tomyam kita rasa pahit..
- Akhir sekali,untuk menjadikan tomyam kita nampak lebih menarik..masukkan sedikit susu cair untuk menampakkan kuah tomyam kita keruh sedikit dan lebih 'kaw'.
Selamat mencuba... ^_^
No comments:
Post a Comment