Di sini saya kongsikan catatan peribadi saya sekeluarga iaitu gambar-gambar dan pengalaman-pengalaman menarik yang menjadi kenangan buat diri saya... Terima kasih kepada yang sudi singgah di ruangan ini...
Pertama sekali saya ingin memperkenalkan insan-insan yang teristimewa dalam hidup saya iaitu Mr.Hubby dan juga puteri kecil kami, Anis Qistina yang manja dengan panggilan Anis sahaja...
Kami menetap di Johor Bahru ni lebih kurang 4 tahun lebih... Di sini jugalah kami bertemu jodoh...hehehe...teringat pulak zaman bercinta dulu...tapi sekarang kami dah pn bertiga...Saya berasal dari pantai timur, manakala Mr.Hubby pula dari selatan tanah air...Kami berdua bertugas di tempat yang sama iaitu di JB ni...
Saya baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia blogger ni...orang kata,baru nak bertatih la...dah lama saya cuba untuk menulis blog ni,tapi tidak berkesempatan memandangkan saya bekerja dan terpaksa membahagikan masa antara kerja dan keluarga...sekarang ni saya sedang bercuti panjang kerana anak saya tidak mempunyai pengasuh...jadi di kesempatan inilah saya gunakan untuk cuba update blog ni...
MamaQis |
Setakat ni dulu buat entry pertama ni...sampai berjumpa lagi di entry akan datang...
No comments:
Post a Comment