Friday, 28 December 2012

Collagen Rumpai Laut @ Seaweed


Salam pagi Jumaat buat semua...

Pernahkah anda dengar tentang kelebihan dan khasiat rumpai laut..saya dah lama dengar tentang perkara ni tapi baru sekarang terdetik untuk mendapatkan info berkaitan rumpai laut ni..itu pun sebab beberapa hari lepas ada seorang kenalan bercerita tentangnya..ini saya sertakan senarai khasiat-khasiat rumpai laut yea...info ni saya dapat dari http://rumpailautsabah.blogspot.com/ klik link ini untuk info yang lebih detail yea...
Rumpai Laut Kering



• kaya dgn omega-3 yg akan membuat kulit kenyal dan kencang.
• merawat masalah kulit
• Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
• mengencangkan/melicinkan kulit
• Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
• penuh dengan collagen
• Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
• Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
• Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
• Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
• Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
• Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
• Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.




Ini pula sedikit sebanyak info tentang khasiat collagen rumpai laut ni dari segi kecantikan, kesihatan dalaman dan kulit:


KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.

KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.

Sumber dari  http://jelitawan-sfbeauty.blogspot.com/2012/06/kolagen-mentah-asli-rumpai-laut.html#axzz2GIVauPDg
Baru naik dari laut


So,macamana..banyak khasiatnya kan...saya rasa terpanggil untuk mencuba sendiri rumpai laut ni..dah kirim kat kawan tu,tapi xtau la tekak saya ni boleh telan ke tak...hehehe...in shaa Allah kalau jadi mencuba saya akan kongsikan di sini k...

Friday, 7 December 2012

“GILA MERIAN” ATAU “MEROYAN”


~ Gila Merian atau Meroyan merupakan jenis penyakit selepas bersalin yang amat serius dikalangan wanita selepas melahirkan.



~ Biasanya wanita yang terlibat dikenal pasti dengan mudah oleh keluarga dan juga suami.Penyakit ini disebabkan berpunca daripada angin kotor yang berkumpul di dalam rahim selepas bersalin atau disebut juga “mother blues”.


~ “Darah kotor yang tidak keluar dengan sempurna dan teratur akan menjadi darah beracun.Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita.Penyakit ini hendaklah diberikan perhatian serius kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.Darah kotor itu juga akan menjadi punca sakit kepala,kemurungan,kemuraman dan seterusnya kepada sakit Angin Meroyan.”

~ Asas utama ialah kerana penyakit ini menjejaskan otak,cara berfikir dan reaksi seseorang itu terhadap kenyataan hidup.

~ Pergerakkan salur darah kerap kali menimbulkan kekacauan fikiran dan merosotkan daya untuk berfikir.

~ Pelbagai gangguan kesihatan boleh mempengaruhi fungsi otak sehingga menimbulkan gejala yang meyerupai penyakit gangguan jiwa (gila meroyan).

~ Penyakit ini juga boleh berlaku jika ibu bersalin mengalami komplikasi penyakit seperti siplis,ketagihan alkohol dan ketoksikan

Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenal pasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu.
(Jenis-jenis meroyan ini dapat disemak didalam buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu tulisan Anisah Barakbah, mukasurat 178 – 181)

ANTARA KESAN PENYAKIT INI

~ Gangguan fungsi otak berlaku menyebabkan wanita lepas bersalin secara tiba-tiba mengadu nampak sesuatu yang menakutkan mereka atau mungkin mendakwa ada orang yang ingin menganiaya dan mencederakan mereka.

~ Dalam keadan ini mereka mungkin bertindak agresif atau berusaha untuk melarikan diri daripada apa yang menakutkan .

~ Lazimnya wanita ini akan mengadu bahawa ia tiada ingatan langsung tentang tingkah lakunya yang agresif atau luar biasa itu semasa mengalaminya

~ Gangguan tidur yang menjadi lebih teruk.Ia mungkin tidak dapat tidur langsung ataupun bangun terlalu awal pada jam 2 atau 3 jam dan selepas itu tidak dapat tidur semula,sebaliknya menjadi resah dan gelisah .

~ Perubahan emosi bertambah mendadak dan ibu mungkin kelihatan bingung.Selain itu ia mungkin mengadu mendengar suara “hantu ” mengutuk atau menuduhnya melakukan pelbagai dosa atau kesalahan.

~ Ia mungkin menyuarakan kepercayaan karut yang digelar delusi saperti mendakwa anak yang dilahirkanya sudah mati atau akan mati akibat penyakit serius walhal anaknya tidak mengalami sebarang penyakit.

~ Akibat pengalaman yang tidak normal ini,ia mungkin cuba mencederakan diri sendiri atau mencederakan suami malah membunuh anaknya. Oleh sebab itu kes yang serius begini perlu dirawat dalam wad untuk mengelakkan mereka daripada mencederakan diri sendiri atau orang lain .

~ Gangguan emosi atau tekanan perasaan juga kerap berlaku kepada ibu bersalin yang bermasaalah atau berpenyakit keturunan.


PERBEZAAN KEMURAMAN ,KEMURUNGAN & ANGIN MERIAN
~ Simptom-simptom dalam gila merian atau meroyan ini adalah lebih teruk & lebih menyeluruh serta lebih mengganggu keupayaan wanita untuk menjalankan tugas harian.

~ Dianggarkan satu daripada setiap 500 ibu yang melahirkan anak akan mengalami gila merian atau meroyan ini dan biasanya tanda-tanda ini timbul dalam masa dua minggu pertama selepas kelahiran.

~ Jenis yang paling kerap berlaku ialah kemuraman dan kemurungan yang mempunyai banyak simptom persamaannya.

Sumber daripada www.jaritimore.com

Ruang kerja baru..

Alhamdulillah setelah beberapa bulan ni hanya online menggunakan note akhirnya dapat juga saya memiliki komputer peribadi untuk memudahkan kerja-kerja saya...menggunakan note memang best..boleh online bila-bila masa dan mana-mana je tapi penggunaan nya agak terhad..bukan tak boleh tapi leceh sikit la..maklumla handphone bukan komputer yang ade skrin besar n pelbagai fungsi kan..
So..inilah rupa die ruang kerja saya sekarang...dah ade mcm ni memang la senang tapi jadi masalah pula bila si kecil saya ni pun dah mula nak belajar menaip...nasib baik dia da tidur..dapatla saya ambil peluang untuk update blog ni sekejap..

Hari tu saya ada janji nak masukkan resepi tat telur kan..maafla ye..tak berkesempatan langsung nak menaip..in shaa Allah jap lagi saya update kat bahagian resepi ye...

Wednesday, 5 December 2012

Kesibukan melanda..

Alhamdulillah..walaupun sejak dua menjak ni dilanda kesibukan yg agak memenatkan tapi masih boleh di handle dgn baik dan terkawal...minggu lepas..umi dan adik2 ku dtg ke rumah..seminggu jgk di sini..maka seminggu jgk la saya xdpt nk mencuri masa untuk update blog ni..
In shaa Allah..saya akan cube untuk memasukkan entri untuk kite kongsikan bersama nanti..