RAHSIA TOMYAM SEDAP DAN PEKAT
Hmm..mesti
ramai yang suka makan tomyam kan..tak kira la makan bersama nasi ke,mee
ke,mihun ke..ikut selera masing-masing la kan...tapi sudah semestinya
kita suka tomyam yang 'kaw' dan 'terangkat' kan... Jom kita kongsi
rahsia macam mana nk buat tomyam yang 'power' ni.
Sebenarnya
saya pun baru je dapat menghasilkan tomyam yang saya sendiri
betul-betul menikmatinya...dulu kalau nak makan tomyam je mesti ajak
myhubby pegi makan kt Thai seafood restaurant...sekarang tak perlu
lagi..sebab yang I masak sendiri pun dah ramai peminat termasuk la mak
& bapa mertua I sendiri..banggakan bila bapa mertua sendiri yang
cakap "tomyam terbaeklah"..hehe..masuk bakul angkat sendiri lak
nampaknya...maafkan hamba la ye...
Ok..bendanya simple
je..cuma disebabkan tak tahu dan tak cuba,maka tak jadi lah kan..nak
buat tomyam cara senang macam biasa lah,mesti ade pes tomyam yang dlm
paket tu,saya biasa guna pes tomyam adabi, tomyam merah tau bukan tomyam
putih..saya tak tau la orang laen wat camane..tapi saya bagitau cara
saya la kat sini ea...
- Tumiskan bawang putih n bawang besar dengan sedikit
minyak-jangan banyak sangat minyak tau..bawang banyak takpe..lepas
tu masukkan bahan yang dikisar (bawang kecik+serai+tomato)
- Agak-agak dah garing sikit n bawang besar layu sikit masukkan sos tomato + sos tiram+pes tomyam (ini la rahsia untuk pekatkan tomyam anda).
Then,bolehla tambahkan air.
- Lepas tu bolehla masukkan ayam dan bahan-bahan lain (lauk n sayur). Kalau nak letak udang n sotong, sebaiknya rebus asing
udang dan sotong tersebut sebab air udang dan sotong akan
menenggelamkan rasa tomyam kita nanti. Masukkan udang dan sotong last
sekali sebelum dihidang.
- Semasa mereneh,bolehla di masukkan serai yang dititik,daun limau
kasturi, cili api secukupnya dan diperasakan mengikut kesesuaian selera
anda..tambahkan perahan limau nipis dan limau kasturi untuk 'balance'kn
rasa masam ea..oh ya,sebelum terlupa..sebolehnya,daun limau kasturi td
dibuangkan urat daunnya dulu yea..ini untuk mengelakkan tomyam kita rasa
pahit..
- Akhir sekali,untuk menjadikan tomyam kita nampak lebih
menarik..masukkan sedikit susu cair untuk menampakkan kuah tomyam kita
keruh sedikit dan lebih 'kaw'.
Selamat mencuba... ^_^