Monday 7 January 2013

Tarikh Tutup Permohonan BR1M 2.0 2013

Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 2013

Sudahkah anda mendaftar atau memohon BR1M bagi tahun 2013? Kepada sesiapa yang belum atau ingin mendaftar bolehlah memohon secara online di sini. Sesiapa yang pernah daftar dan ingin mengemaskini maklumat juga boleh berbuat demikian melalui laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx .

Tarikh tutup permohonan telah dilanjutkan kepada 15 Januari 2013..jadi sesiapa yang tidak sempat berbuat demikian setelah tarikh tutup asal pada 31 Disember 2012 yang lepas bolehlah merebut peluang keemasan ini. Jangan nanti tengok-tengok je dah tamat tempoh permohonan..

Siapa yang layak memohon BR1M ni? Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

 Isi rumah yang layak (RM500):
  •  Warganegara Malaysia; 
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar  bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
            i) Berkahwin;
           ii)  Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
          iii) Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).

  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
  •    Individu yang layak (RM250):
               (i)       Warganegara Malaysia;
              (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada    tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •    Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Syarat-syarat Permohonan BR1M 2.0
Atau boleh tengok di sini https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx . Mohon sekarang.


No comments: