Friday 28 December 2012

Collagen Rumpai Laut @ Seaweed


Salam pagi Jumaat buat semua...

Pernahkah anda dengar tentang kelebihan dan khasiat rumpai laut..saya dah lama dengar tentang perkara ni tapi baru sekarang terdetik untuk mendapatkan info berkaitan rumpai laut ni..itu pun sebab beberapa hari lepas ada seorang kenalan bercerita tentangnya..ini saya sertakan senarai khasiat-khasiat rumpai laut yea...info ni saya dapat dari http://rumpailautsabah.blogspot.com/ klik link ini untuk info yang lebih detail yea...
Rumpai Laut Kering



• kaya dgn omega-3 yg akan membuat kulit kenyal dan kencang.
• merawat masalah kulit
• Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
• mengencangkan/melicinkan kulit
• Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
• penuh dengan collagen
• Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
• Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
• Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
• Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
• Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
• Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
• Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.




Ini pula sedikit sebanyak info tentang khasiat collagen rumpai laut ni dari segi kecantikan, kesihatan dalaman dan kulit:


KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.

KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.

Sumber dari  http://jelitawan-sfbeauty.blogspot.com/2012/06/kolagen-mentah-asli-rumpai-laut.html#axzz2GIVauPDg
Baru naik dari laut


So,macamana..banyak khasiatnya kan...saya rasa terpanggil untuk mencuba sendiri rumpai laut ni..dah kirim kat kawan tu,tapi xtau la tekak saya ni boleh telan ke tak...hehehe...in shaa Allah kalau jadi mencuba saya akan kongsikan di sini k...

No comments: