Friday 28 December 2012

Collagen Rumpai Laut @ Seaweed


Salam pagi Jumaat buat semua...

Pernahkah anda dengar tentang kelebihan dan khasiat rumpai laut..saya dah lama dengar tentang perkara ni tapi baru sekarang terdetik untuk mendapatkan info berkaitan rumpai laut ni..itu pun sebab beberapa hari lepas ada seorang kenalan bercerita tentangnya..ini saya sertakan senarai khasiat-khasiat rumpai laut yea...info ni saya dapat dari http://rumpailautsabah.blogspot.com/ klik link ini untuk info yang lebih detail yea...
Rumpai Laut Kering



• kaya dgn omega-3 yg akan membuat kulit kenyal dan kencang.
• merawat masalah kulit
• Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
• mengencangkan/melicinkan kulit
• Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
• penuh dengan collagen
• Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
• Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
• Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
• Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
• Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
• Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
• Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.




Ini pula sedikit sebanyak info tentang khasiat collagen rumpai laut ni dari segi kecantikan, kesihatan dalaman dan kulit:


KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.

KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.

Sumber dari  http://jelitawan-sfbeauty.blogspot.com/2012/06/kolagen-mentah-asli-rumpai-laut.html#axzz2GIVauPDg
Baru naik dari laut


So,macamana..banyak khasiatnya kan...saya rasa terpanggil untuk mencuba sendiri rumpai laut ni..dah kirim kat kawan tu,tapi xtau la tekak saya ni boleh telan ke tak...hehehe...in shaa Allah kalau jadi mencuba saya akan kongsikan di sini k...

Friday 7 December 2012

“GILA MERIAN” ATAU “MEROYAN”


~ Gila Merian atau Meroyan merupakan jenis penyakit selepas bersalin yang amat serius dikalangan wanita selepas melahirkan.



~ Biasanya wanita yang terlibat dikenal pasti dengan mudah oleh keluarga dan juga suami.Penyakit ini disebabkan berpunca daripada angin kotor yang berkumpul di dalam rahim selepas bersalin atau disebut juga “mother blues”.


~ “Darah kotor yang tidak keluar dengan sempurna dan teratur akan menjadi darah beracun.Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita.Penyakit ini hendaklah diberikan perhatian serius kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.Darah kotor itu juga akan menjadi punca sakit kepala,kemurungan,kemuraman dan seterusnya kepada sakit Angin Meroyan.”

~ Asas utama ialah kerana penyakit ini menjejaskan otak,cara berfikir dan reaksi seseorang itu terhadap kenyataan hidup.

~ Pergerakkan salur darah kerap kali menimbulkan kekacauan fikiran dan merosotkan daya untuk berfikir.

~ Pelbagai gangguan kesihatan boleh mempengaruhi fungsi otak sehingga menimbulkan gejala yang meyerupai penyakit gangguan jiwa (gila meroyan).

~ Penyakit ini juga boleh berlaku jika ibu bersalin mengalami komplikasi penyakit seperti siplis,ketagihan alkohol dan ketoksikan

Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenal pasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu.
(Jenis-jenis meroyan ini dapat disemak didalam buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu tulisan Anisah Barakbah, mukasurat 178 – 181)

ANTARA KESAN PENYAKIT INI

~ Gangguan fungsi otak berlaku menyebabkan wanita lepas bersalin secara tiba-tiba mengadu nampak sesuatu yang menakutkan mereka atau mungkin mendakwa ada orang yang ingin menganiaya dan mencederakan mereka.

~ Dalam keadan ini mereka mungkin bertindak agresif atau berusaha untuk melarikan diri daripada apa yang menakutkan .

~ Lazimnya wanita ini akan mengadu bahawa ia tiada ingatan langsung tentang tingkah lakunya yang agresif atau luar biasa itu semasa mengalaminya

~ Gangguan tidur yang menjadi lebih teruk.Ia mungkin tidak dapat tidur langsung ataupun bangun terlalu awal pada jam 2 atau 3 jam dan selepas itu tidak dapat tidur semula,sebaliknya menjadi resah dan gelisah .

~ Perubahan emosi bertambah mendadak dan ibu mungkin kelihatan bingung.Selain itu ia mungkin mengadu mendengar suara “hantu ” mengutuk atau menuduhnya melakukan pelbagai dosa atau kesalahan.

~ Ia mungkin menyuarakan kepercayaan karut yang digelar delusi saperti mendakwa anak yang dilahirkanya sudah mati atau akan mati akibat penyakit serius walhal anaknya tidak mengalami sebarang penyakit.

~ Akibat pengalaman yang tidak normal ini,ia mungkin cuba mencederakan diri sendiri atau mencederakan suami malah membunuh anaknya. Oleh sebab itu kes yang serius begini perlu dirawat dalam wad untuk mengelakkan mereka daripada mencederakan diri sendiri atau orang lain .

~ Gangguan emosi atau tekanan perasaan juga kerap berlaku kepada ibu bersalin yang bermasaalah atau berpenyakit keturunan.


PERBEZAAN KEMURAMAN ,KEMURUNGAN & ANGIN MERIAN
~ Simptom-simptom dalam gila merian atau meroyan ini adalah lebih teruk & lebih menyeluruh serta lebih mengganggu keupayaan wanita untuk menjalankan tugas harian.

~ Dianggarkan satu daripada setiap 500 ibu yang melahirkan anak akan mengalami gila merian atau meroyan ini dan biasanya tanda-tanda ini timbul dalam masa dua minggu pertama selepas kelahiran.

~ Jenis yang paling kerap berlaku ialah kemuraman dan kemurungan yang mempunyai banyak simptom persamaannya.

Sumber daripada www.jaritimore.com

Ruang kerja baru..

Alhamdulillah setelah beberapa bulan ni hanya online menggunakan note akhirnya dapat juga saya memiliki komputer peribadi untuk memudahkan kerja-kerja saya...menggunakan note memang best..boleh online bila-bila masa dan mana-mana je tapi penggunaan nya agak terhad..bukan tak boleh tapi leceh sikit la..maklumla handphone bukan komputer yang ade skrin besar n pelbagai fungsi kan..
So..inilah rupa die ruang kerja saya sekarang...dah ade mcm ni memang la senang tapi jadi masalah pula bila si kecil saya ni pun dah mula nak belajar menaip...nasib baik dia da tidur..dapatla saya ambil peluang untuk update blog ni sekejap..

Hari tu saya ada janji nak masukkan resepi tat telur kan..maafla ye..tak berkesempatan langsung nak menaip..in shaa Allah jap lagi saya update kat bahagian resepi ye...

Wednesday 5 December 2012

Kesibukan melanda..

Alhamdulillah..walaupun sejak dua menjak ni dilanda kesibukan yg agak memenatkan tapi masih boleh di handle dgn baik dan terkawal...minggu lepas..umi dan adik2 ku dtg ke rumah..seminggu jgk di sini..maka seminggu jgk la saya xdpt nk mencuri masa untuk update blog ni..
In shaa Allah..saya akan cube untuk memasukkan entri untuk kite kongsikan bersama nanti..

Sunday 18 November 2012

Doa selamatkan Palestin

Ya Allah..tamatkanlah kekejaman zionis terhadap hamba-hamba yang menyembah-Mu...amin..

Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Salam semua..selamat menyambut tahun baru hijrah buat semua muslimin muslimat saudara se Islam ku..semoga tahun ini lebih baik dr tahun lepas..sama2lah kita berusaha mempertingkatkan iman dan amal..mari kita tanamkan azam untuk berubah ke arah kebaikan dan cube meninggalkan amalan dan tabiat yang kurang baek..same2lah kita saling ingat mengingatkan sesama kita..semoga kita semua berada dalam rahmat dan keberkatan dari-Nya..amin..

Masak kuih kegemaran sebagai hadiah hari jadi

Inilah 1st time saya try wat kuih tat ni..tekad untuk cube membuatnya sebagai hadiah besday my syg..

Alhamdulillah..menjadi jgk akhirnya..walaupun xbape cantik..my syg makan wat sarapan td sebelum g keje..sedap katenye..mengenyangkan..siap tanye nk jual bape..hehe..

Saya ambil resepi dr myresepi.com..ade gak tukar2 sikit ikut video kt youtube..tp pd sy pastri nye agak padat n filling nya agak manis sikit..laen kali wat nk kena adjust sikit la..nt sy upload kn resepinya kt resepi mamaqis ea..

Tuesday 13 November 2012

Hilangkan hanyir ikan pari

Semalam my syg request nk makan ikan pari bakar..alamak..saya xpernah masak ikan pari ni..setahu saya ikan pari ni hanyir kuat sikit..takut x jadi je..tapi sebab syg dh mntak..try je la kn..
My syg kata try je basuh cam yg biase wt time basuh ikan n ayam ikut care mak..alhamdulillah..memang xde bau hanyir dah ikan pari ni mase kami mkn td..
Ok..carenye simple je..basuh ikan pari tu bersih2 sampai xde rase berlendir..lepas tu..gaulkan dgn tepung gandum n perahkan asam limau..xkisahla asam ape tp sebaiknya limau nipis la..td saya guna limau kasturi je..sebab xde limau nipis..tambahkan air sehingga ikan tu tenggelam smua..biarkan lebih kurang sejam..kemudian bilas semula..then bolehla di perisakan..td saya cuma perisakan dgn garam..serbuk kunyit n serbuk kari je..perapkan dalam setengah jam then bakar or gril kt non stick pan..saya guna pemanggang ajaib..jap je dh masak..alhamdulillah my syg ckp sedap...hee...happy..

Kejutan hari jadi papa

Happy birthday papa..

Alhamdulillah..sempat jgk beli birthday kek untuk my syg mase balik keje semalam..nasib baik kedai buka n nasib baik jgk sempat balik naik bas jabatan..
Niat di hati nak sorokkan dulu kek tu then wt kejutan time breakfast or lunch nt..
Sampai umah..buka pntu je Mr.Hubby tersedar..diorang brdua tido kt depan je upenye..lambat2 je saya masuk n tutup pntu..nasib baek my syg tido balik..hehe..harap2 x nampak la saya pegang kotak kek ni..slow2 masuk dapur nak sorok kek kt peti sejuk..alamak..besar plk kotak kek ni..setelah berhempas pulas seketika dapat gk masukkan..tapi xdpt nk sorok lak..hmm..biarla..harapnye nt my syg x buke peti sejuk la..pastu saya ape lagi..tido la jp..ganti tido malam td..keje syif malam..xdpt nk lelap lak time rehat td..
Bangun2 je tgk my syg dah siap mandikan anis..thanks syg..mase tu mate berat lg nk celik..then my syg ckp x yah mask la untuk lunch..abg g beli siap je..ok..saya ape lg smbg tido sikit lg la sementara my syg n my little princess klua g kedai...hehe...ini je mase untuk mama berehat...
Lepas makan kononnye nk wt surprise la..pgil si kecil ke dapur..kami same2 bwk kn besday kek sambil nyanyi happy birthday to papa..mase tgh menikmati kek ni saya tnye my syg..syg prasan ke mama bwk kotak kek td..die senyum je..ckp mane x nmpak klau kotaknya besar gitu..alaa...x jd gak surprise kali ni...hehe..tp xpelah..janji kami smue happy n my syg suke...

Monday 12 November 2012

Happy birthday Mr.Hubby..

Hari ni..iaitu tanggal 12 Nov merupakan hari ulangtahun kelahiran suamiku yang tercinta..hmm..saya belum wish lg ni..masih di tempat keje dan si die sedang enak di ulik mimpi bersama si comel kami...
Saya masih lagi memikirkan macamana nk surprise kn Mr.Hubby n nk bagi hadiah ape lak tahun ni..mcm nk bli kek kt kedai mase balik keje nt..tp takut x sempat lak nk kejar bas..lg pun xtau kedai tu dah buka ke belum..
Ape pun..saya nak wish jgk la kt sini dulu..mane tau my syg bace blog sy ni kn..
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat suamiku yang tercinta..semoga iman dan amal bertambah seiring dengan pertambahan usia mu..semoga di sihatkan tubuh badan, diperluaskan rezeki, dipanjangkan usia,dipermudahkan segala urusan dunia akhirat dan di eratkan kasih sayang kite sekeluarga..amin...






Wednesday 31 October 2012

Selamat meyambut hari raya Aidil Adha dan selamat menjalankan ibadah korban

Selamat menyambut hari raya aidil adha...selamat menyempurnakan ibadah korban bagi sesiapa yang terlibat pada tahun ni...

Buat pertama kalinya beraya tanpa Mr.Hubbby n anis di sisi.. saya terpaksa bertugas hari ni..huhu..sedihnye..kesian papa n anis jgk sbab beraya berdua kt umah..nasib baik la sempat jgk sediakan nasi lemak sambal udang n kek coklat untuk sayang mama berdua ni..malam td balik keje pkul 10.30 terus masuk dapur..mengamuk princess mama sebab x dilayan..cian die..alhamdulillah akhirnye pkul 12.30 mlm siap la sambal udang n telur rebus..pastu pagi2 bangun terus masak nasi lemak sebelum g keje pukul 6..penatnye x payah cakap la..tp puas sb rase berbaloi sgt..

Lepas sarapan papa n anis bertolak balik kampung..nanti petang atau malam ni papa balik amek mama lak..esok baru dapat beraye bersama2..I'm already miss both of them..

Wednesday 17 October 2012

Mula kerja di kumpulan baru

Selamat pagi dan salam ceria semua..
Akhirnya cuti panjang pun berakhir sudah..petang nanti saya
akan mula bertugas seperti biasa..yang tak biasanya pula adalah kawan2 baru dan suasana kerja yg mungkin berbeza sebab saya dah bertukar ke komuniti kerja yg baru..

Mulai dari hari ni..rutin keluarga kami akan berubah..dari jadual keje,off day,tido bangun,balik kampung,jalan2..memang totally change la..

Disebabkan belum dapat mencari pengasuh untuk menjaga anis..so anis terpaksala mengikut mama n papa ke ofis..di sana nt baru la kami akan "serah tugas"..hehehe..kami keje syif sebab tmpat keje kami beroperasi 24 jam..sebab tu la saya minta ditukarkan kumpulan atau tukar syif yang berasingan dgn Mr.Hubby..sebelum ni kitorang ni mcm couple kt tmpt keje..sentiasa bersama..tp demi puteri tersayang mama n papa berkorban..off day bersama pn jd kurang sehari..huhuhu..sedihnye..takpelah..janji puteri kesayangan mama membesar depan mata sendiri..

Ape yg penting sekarang adalah saya kenalah reset semua benda dalam kepala dan juga rutin kami yg baru ni..apepun..saya berdoa agar kami sekeluarga terutama si kecil mama ni akan cepat membiasakan diri dengan jadual baru ni..Semoga tindakan ni menjadi keputusan yg bijak dan berbaloi untuk masa depan puteri kam..insya-Allah..

Saturday 6 October 2012

Balik kampung

Hari ni masuklah hari kedua kami sekeluarga di kampung halamanku di Bachok, Kelantan...alhamdulillah,setelah menempuh perjalanan yang jauh dan memenatkan kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi...

Perjalanan pulang ke kampung ku kali ini merupakan perjalanan yang paling menyeronokkan dan santai setakat ni..kami bertolak dari Batu Pahat,Johor hampir jam sembilan pagi...setelah hampir suku perjalanan, MyHubby mengajak untuk jalan-jalan dan bermalam di Terengganu...saya ape lagi..terus setuju dan gembira yang amat...maklumlah,masa kahwin dulu tak sempat nak honeymoon...hehehe...

Kami berhenti rehat di Pantai Telaga Simpul, Kemaman setelah menempuhi perjalanan lebih kurang lima jam...si kecilku Anis pun dah merengek je minta turun jalan2...die pun dah bosan sangat dah dok dalam kereta...so, kami pun berhentila di taman rekreasi di pantai ni...kami menjamu selera dengan bekalan yang disediakan oleh ibu mertuaku...terima kasih banyak2 mak...kekenyangan kami semua...alhamdulillah...
MyHubby melepaskan penat setelah 5 jam memandu tanpa henti...
Anis pun sempat jugak ambil peluang bermain-main di taman permainan kat situ...tengah2 panas tu die nak main buaian n papan lungsur...dah mamanya yang kena melayan die kt tengah2 panas tu...risau gak takut die demam...tp alhamdulillah, nasib baik die ok...dah puas melayan si kecil ni maen, saya terus salinkan die dan kami pun meneruskan perjalanan...


Pada mulanya kami bercadang nk check in di kawasan Kemaman...tapi dah terlepas hotel yang dicari,kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu...Akhirnya, kami check in di Batu Buruk Beach Resort yang terletak di kawasan Pantai Batu Buruk,Terengganu...


Kami semua yang keletihan masing-masing terbaring di katil yang empuk tu...bestnya dapat baring-baring setelah seharian dalam kereta...

Tapi si kecil ni juga lah yang tak tau penat...habis semua ceruk bilik tu die explore...takpelah Anis...mainlah...mama n papa dah penat sangat nak layan...kami perhatikan je la die main...tau tau die da call operator room service lak...aduhai Anis sayang...nasib baik la papa perasan...entah ape la die nk order tu...hehehe...

Malam nye plk kami sekeluarga pusing-pusing tengok pemandangan di bandar KT...banyak juga lampu perhiasan yang dipasang di sekitar bandar yang memukau pandangan...si kecil ni tak habis-habis tunjuk lampu sana sini...excited betul die...selepas tu kami pun mula mencari tempat makan yang best lak...tapi disebabkan tak tahu dan tak merancang...kami tak tau mane nak dituju...so,kami pun pergi je kt medan selera kt depan Majid Terapung tu...di situ ade macam-macam stall yang menjual macam-macam makanan...dari tradisional Terengganu hinggalah masakan western dan thai seafood...roti canai pun ade...kire best gak la medan selera ni...harga pun agak berpatutan...then,lepas makan...perut dah kenyang,badan penat...mata pun ape lagi,mulalah berat...so, kami balik ke resort untuk merehatkan badan...esoknya nak jalan lagi...



Selepas bersarapan di cafe resort, kami bersantai di tepi kolam jap...rasa cam nak berendam je dalam kolam tu...kalau stay situ 2 malam mau saya terjun sekali,apakan daya kami dah nk check out...atuk abah n atuk umi kat kampung dah tertunggu-tunggu cucu kesayangannya ni...

Selepas check out,kami ronda-ronda kat Pasar Payang jap...pastu gi Kampung Losong cari keropok lekor/losong original...sebelum meneruskan perjalanan ke kampung...

Banyak pemandangan menarik sepanjang perjalanan kami kali ni..tapi tak sempat sangat nak snap pic sebab sibuk ngan si kecil ku ni...nanti saya akan ceritakan lagi tentang tempat2 yang kami singgah sepanjang bercuti di kampung pula...mana tahu ada yang nak tau serba sedikit tentang tempat-tempat wajib dikunjungi di negeri Che Siti Wan Kembang ni kan...dapat gak la info sikit-sikit...

By the way...special thanks to MyHubby sebab bawak kami makan angin...best sangat...ini akan menjadi kenangan terindah buatku...thank you and love you so much...



Monday 1 October 2012

Samsung Galaxy Note idamanku

Akhirnya tertunai jgk impian saya untuk memiliki gajet yang bez ni...Thanks to MyHubby kerana telah menunaikan impianku yang satu ini...


Memang tak dinafikan gajet ni tersangatla best...tp wt masa sekarang ni, saya masih lg dalam proses untuk mendalami fungsinya...hehehe...ni pun baru try nk tulis pakai note ni...
Rasanya setakat ni dulu entry yg ntah ape-ape ntah dr saya wt kali ni...ape pun...galaxy note ni...memang terbaekk lah...hehehe...

Friday 21 September 2012

BANTAHAN FILEM MENGHINA RASULULLAH S.A.W

Perhatian kepada semua saudara Islam ku...

Mulai hari ni, mohon kepada semua agar tidak menggunakan GOOGLE dan YOUTUBE

Thursday 20 September 2012

Jangan guna Internet Explorer untuk sementara waktu

Semasa saya sedang bersarapan sambil belek-belek akhbar KOSMO! tadi, saya terbaca berita tentang penyebaran virus yang boleh menyerang pc kita melalui Internet Explorer..virus ni dikatakan boleh menyebabkan komputer peribadi kita terdedah kepada penggodam ataupun 'hackers'.So...kite semua dinasihatkan jangan menggunakan IE buat sementara waktu ni sehinggalah Microsoft Corp. mengeluarkan pengesahan keselamatannya...di bawah adalah artikel dari akhbar berkenaan..

Jerman larang penggunaan Internet Explorer

FRANKFURT - Pihak berkuasa Jerman kelmarin menggesa orang ramai supaya berhenti melayari internet menggunakan pelayar web Internet Explorer milik Microsoft Corp.

Gesaan itu dibuat berikutan penemuan satu lagi virus dalam pelayar web tersebut yang menyebabkan komputer peribadi terdedah kepada serangan penggodam.      
berita penuh...

Dipetik dari :



Friday 14 September 2012

RAHSIA TOMYAM SEDAP DAN PEKAT

RAHSIA TOMYAM SEDAP DAN PEKAT

Hmm..mesti ramai yang suka makan tomyam kan..tak kira la makan bersama nasi ke,mee ke,mihun ke..ikut selera masing-masing la kan...tapi sudah semestinya kita suka tomyam yang 'kaw' dan 'terangkat' kan... Jom kita kongsi rahsia macam mana nk buat tomyam yang 'power' ni.

Sebenarnya saya pun baru je dapat menghasilkan tomyam yang saya sendiri betul-betul menikmatinya...dulu kalau nak makan tomyam je mesti ajak myhubby pegi makan kt Thai seafood restaurant...sekarang tak perlu lagi..sebab yang I masak sendiri pun dah ramai peminat termasuk la mak & bapa mertua I sendiri..banggakan bila bapa mertua sendiri yang cakap "tomyam terbaeklah"..hehe..masuk bakul angkat sendiri lak nampaknya...maafkan hamba la ye...

Ok..bendanya simple je..cuma disebabkan tak tahu dan tak cuba,maka tak jadi lah kan..nak buat tomyam cara senang macam biasa lah,mesti ade pes tomyam yang dlm paket tu,saya biasa guna pes tomyam adabi, tomyam merah tau bukan tomyam putih..saya tak tau la orang laen wat camane..tapi saya bagitau cara saya la kat sini ea...


  1. Tumiskan bawang putih n bawang besar dengan sedikit minyak-jangan banyak sangat minyak    tau..bawang banyak takpe..lepas tu  masukkan bahan yang dikisar (bawang kecik+serai+tomato)
  2. Agak-agak dah garing sikit n bawang besar layu sikit masukkan sos tomato + sos tiram+pes tomyam (ini la rahsia untuk pekatkan tomyam anda).  Then,bolehla tambahkan air.
  3. Lepas tu bolehla masukkan ayam dan bahan-bahan lain (lauk n sayur). Kalau nak letak udang n sotong, sebaiknya rebus asing udang dan sotong tersebut sebab air udang dan sotong akan menenggelamkan rasa tomyam kita nanti. Masukkan udang dan sotong last sekali sebelum dihidang.
  4. Semasa mereneh,bolehla di masukkan serai yang dititik,daun limau kasturi, cili api secukupnya dan diperasakan mengikut kesesuaian selera anda..tambahkan perahan limau nipis dan limau kasturi untuk 'balance'kn rasa masam ea..oh ya,sebelum terlupa..sebolehnya,daun limau kasturi td dibuangkan urat daunnya dulu yea..ini untuk mengelakkan tomyam kita rasa pahit..
  5. Akhir sekali,untuk menjadikan tomyam kita nampak lebih menarik..masukkan sedikit susu cair untuk menampakkan kuah tomyam kita keruh sedikit dan lebih 'kaw'.
Selamat mencuba... ^_^

Pengenalan

Salam sejahtera buat insan yang sudi singgah ke blog kosong saya ni..maafla sebab tak pernah share ape-ape sejak blog ni di buat..entahla,macam susah sangat nak luangkan masa untuk memulakan blog ni kan..sebenarnya sebelum ni saya tak ada sambungan internet yang tetap..cuma dapat online sekali-sekala je..di tambah pula sibuk bekerja dan menguruskan rumahtangga dan anak (baru sorang je pun..hihi..cam ramai je kan). InsyaAllah saya akan cuba kongsikan ape-ape je yg saya rasakan menarik di sini nanti..idea banyak sangat tp masa dan kesempatan yg mengekang sebenarnya..lgpun si kecik saya ni pantang nampak mama dia mengadap pc..die pun same la nk blogging jugak...budak tengah nak belajar macam-macam...itulah dia...permata hati saya Anis Qistina yang tak kenal erti penat...

Thursday 8 March 2012

Salam Muhibah

Salam sejahtera dan salam muhibah kepada semua yang sudi singgah di blog ini. Blog ini masih di peringkat permulaan dan dalam proses pembikinan lagi. Jadi, buat masa sekarang belum ada apa-apa post yang menarik yang dapat dikongsikan dengan anda semua. Insya-Allah pada masa akan datang Qistina Corner @ Titian Kehidupan akan cuba berkongsi post-post yang menarik dengan anda semua.